Pernahkah
anda dirundang rasa gelisah, kesedihan dan kebuntuan fikiran? Pada ketika itu
apakah yang anda lakukan bagi menghadapinya? Menangis,menjerit,bermenung, dan
bermacam-macam lagi yang anda boleh lakukan ketika berhadapan dengan itu.Namun,
tahukah anda Allah SWT mengurniakan sejenis ubat yang mujarab bagi menghadapi
rasa gelisah,kesedihan dan kecelaruan fikiran di kala kesusahan.Ubatnya sangat
biasa kita dengar, tetapi jarang sekali kita ketahui akan khasiatnya yang hebat
itu. Tahukah anda bahawa jiwa kita ini banyak kotorannya.Semakin hari kadar
kotorannya semakin bertambah setiap kali kita membuat dosa sama ada dosa kecil
ataupun besar. Dosa-dosa itu akan menjadikan hati menjadi hitam yang akhirnya
menyebabkan hati menyebabkan hati menjadi tidak tenteram dan mudah dirundang
rasa gelisah.Istighfar adalah cabang-cabang daripada zikir.Mungkin sebelum ini
orang beranggapan istighfar ini hanya diucapkan dengan tujuan memohon keampunan
kepada Allah SWT dan mencari ketenangan dalam hidup.Alasan itu memang
benar.Tetapi ,hakikat yang sebenarnya terdapat banyak kelebihan istighfar
kepada umat Islam termasuk insan-insan yang bergelar pelajar seperti
saya.Rasullah SAW di dalam maksud hadisnya memberitahu kepada kita,orang yang
banyak beristighfar akan dipermudahkan Allah SWT ketika kesempitan serta
kesusahan .Misalnya,dalam maksud hadis di bawah ini.
Daripada
Ibnu Abbas r.a,Rasullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa
yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan kemudahan pada setiap
kesempitan,kesenangan pada setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga
olehnya”
(Hadis
Riwayat Imam Abu Daud)
Ketika belajar anda pasti berhadapan dengan
pelbagai dugaan.Terutama sekali ketika
menjelangnya musim peperiksaan.Oleh yang demikian,tidakkah anda ingin dibantu
oleh Allah SWT,maka perbanyakan istighfar kepadaNya dengan setulus hati dan
penuh ikhlas.Serta letakkan sepenuh keyakinan kepadaNya,pertolongan Allah SWT
sentiasa bersama kita.
Sebenarnya
terdapat banyak lagi kelebihan istighfar.Tetapi,cukuplah setakat ini sahaja
kelebihan yang saya kongsi setakat ini.Apa yang di kongsikan ini memberi
manfaat kepada kita semua.
No comments:
Post a Comment